Nak Mulakan Perniagaan Food Truck di Malaysia? Ada yang melihat perniagaan foodtruck macam cendawan tumbuh sekarang ni di Malaysia. Dimana-mana sahaja ada tapak food truck yang di buka dan mendapat sambutan hangat. Tapi bagi anda yang baru-baru ni mesti tak tahu nak mulakan dari mana kan?

Sebenarnya mudah kalau dah tahu cara. Tapi awas! perlu belajar dan dapatkan maklumat yang betul sahaja.

Sebagai contoh ramai yang salah beli jenis Food Truck, ramai yang salah buat modifkasi kerana tak ikut ‘specs’ local autoriries dan banyak lagi kesilapan yang foodtruckers Malaysia buat. Semangat sahaja tak cukup beb..

Sebelum tu! Soalan: APAKAH PERBEZAAN FOOD TRUCK DENGAN LORI PASAR MALAM.

Kena clearkan dalam minda yang dulu bahawa terdapat perbezaaan lori pasar malam vs food truck ini:

 

Lori pasar malam jual rojak (kredit foto blog zuldean08.blogspot.com)

 

Ini lori pasar malam.

VS

Lori Food Truck (kredit foto Little Fat Duck)

Cuba perhatikan betul-betul…

 

Disini saya nak kongsikan Tips Bagaimana Memilih Lori Food Truck Yang Betul.

Tak mudah nak memuat keputusan mengeluarkan puluhan ribu ringit untuk membeli lori food truck. Kemudian nak pilih sama ada nak lori food truck baru atau second hand. Nak yang dah siap modifikasi atau yang kosong? Semua itu memerlukan pilihan yang tepat  untuk dibuat. Dan anda perlu mengejar masa juga (versus times).

Antara tajuk yang akan kita telusuri adalah:

  1. Membeli Lori Food Truck Baru
  2. Membeli Lori Food Truck Terpakai
  3. Modifikasi
  4. Peralatan
  5. Design Luaran
  6. Perbelanjaan / Maintainance

Semua ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit, masa dan tenaga yang dicurahkan bagi memastikan perjalanan lori Food Truck anda berjalan lancar sepanjang tahun.

 

1. Membeli Lori Food Truck Baru

Perhatikan beberapa perkara: jenis lori, kapasiti berapa tan? dan kaedah bayaran.

READ  Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 06: Bagaimana Menentukan Keuntungan Perniagaan Food Truck Anda?

Jenis yang biasa menjadi pilihan kalau nak beli lori food trck baru adalah Dihatsu. Kalau nak beli brand China kena perhatikan betul-betul maintainancenya bagaimana dan lain-lain perkara yang timbul.

Saiz- ikut kesesuaian penggunaan kalau saiz kecil, muatan pun kecil juga. kalau besar, perlu perhaikan dimana nak parking dan kapasiti menu dan persembahan nanti. Ada lori food truck yang kecl tetap praktikal dengan menu yang simple, kakitangan yang minimal 1-2 orang.

Makin besar, makin mahal harga.

Banyak yang menawarkan bayaran bulanan untuk membeli lori food truck. Namun anda perlu perhatikan komitmen bulanan sebab kos lain juga perlu diambil kira seperti sewa tapak, pekerja, perjalanan, bahan mentah dan lain-lain.

2. Membeli Lori Food Truck Terpakai.

Terbahagi kepada 2 jenis: 1. Lori terpakai yang memang dah siap memang adalah  food truck sebelum ni. Yang ke-2. Lori kosong biasanya ‘bonded’ macam lori hantar barang tu.

Sekiranya jenis pertama: siap untuk digunakan dan hanya memerlukan kos renovasi yang minimum. Pastikan keadaan lori yang baik sebelum membeli kerana kebanyakan yang berniaga food truck ini akan menggunakan lori mereka secara maksimum.

Tetapi kalau kategori kedua anda perlu beli jenis ‘bonded’ dan kerangka nya agak tinggi. Sebaliknya anda mempunyai kebebasan untuk berkarya sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

 

3 Modisikasi

Ramai mereka yang baru terlibat dengan food truck ‘terkena’ dengan modifikasi yang tidak sesuai, yang tak perlu ataupun melanggar peraturan pihak berkuasa. Yang akhirnya menyebabkan mereka rugi ribuan ringgit.

Sebaikya carilah syarikat yang bertauliah yang biasa buat modifikasi food truck.

Sekiranya budget anda rendah: boleh buat modifikasi yang minimum. Contohnya hanya buat bukaan tetingkap. Dan perabut steel didalam hanya menggunakan kiosk lipat mudah alih. ramai yang menggunakan kaedah ini menarik juga.

READ  10 CHECKLIST YANG MESTI ANDA BUAT SEBELUM BUAT BISNES FOOD TRUCK DI MALAYSIA

Seterusnya bersambung di episod akan datang…

 

 

Selamat berniaga!

#foodtruckmalaysiadotcom

 

Related Post

Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 01: 3 Ch... Ahlamdulillah ini adalah SIRI  PERTAMA (01) untuk siri berkala  "Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck Anda" Kami akan kongsikan seberapa banyak T...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 06: Baga... MENENTUKAN KEUNTUNGAN Menentukan kadar keuntungan yang perlu anda capai adalah Kunci Untuk BERJAYA  dalam perniagaan food truck di Malaysia. Untuk ...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck  O4: Mem... Soalan saya: Kenapa anda memilih untuk berniaga Food Truck? Jawapan saya juga: "Sebab tak perlu keluarkan kos yang BESAR untuk menyediakan tempat, me...
10 CHECKLIST YANG MESTI ANDA BUAT SEBELUM BUAT BIS... ANDA MESTI ADA 10 CHECKLIST FOOD TRUCK INI SEBELUM MULA BERNIAGA: 1. Di Malaysia: Semua Pengendali Bisnes Makanan WAJIB Mengambil Kursus Pengendali...

Comments

comments