Rancangan Perniagaan Food Truck Malaysia: One Page Food Truck Business Plan

Hi Salam Sejahtera warga FTMalaysia semua.

Hari ini saya nak kongsi sesuatu yang bermanfaat kepada semua usahawan diluar sana. Rancangan Perniagaan Food Truck adalah sangat penting mentukan kejayaan food truck anda. Saya akan kongsikan rahsia Business Plan yang ramai tak tahu…

Image result for if you fail to plan you plan to fail

“Jika Anda GAGAL Untuk Merancang,

Anda Merancang Untuk GAGAL”

Pernah tak dengar kata-kata diatas, mesti pernah kan?

Ini bukalah retorik. Benar, kebanyakan usahawan food truck gagal untuk mencapai apa yang mereka impikan disebabkan gagal merancang. Mereka gagal merancang masa, kewangan dan sebagainya. Semua itu memerlukan ILMU. Guru yang paling baik adalah pengalaman. Namun berapa ramai diantara kita yang gagal memanfaatkan pengalaman mereka sebagai pengajaran yang paling berharga. Oleh itu anda perlu tahu kepantingan Rancangan Perniagaan Food Truck

Pengalaman saya sendiri dalam perniagaan banyak mengajar saya erti sebuah perniagaan yang saya impikan. Contohnya saya pernah gagal untuk menguruskan kesemua 5 cawangan stall saya di pasaraya Giant Hypermarket dan Tesko dalam satu-satu masa sekitar tahun 2009 dahulu dan menyebabkan saya terpaksa menutuk sekaligus kesemua kiosk tersebut. Sedih.. tapi apa boleh buat :(.

Saya BELAJAR SESUATU dari situ: SEMUA PERNIAGAAN MEMERLUKAN RANCANGAN PERNIAGAAN YANG MANTAP. 

Tapi realitinya kita buat Rancangan Perniagaan hanya untuk tujuan lain: Pinjaman. Memangkah nampak padat dan tebal, berpuluh muka surat pula tu dan semua nampak indah belaka. Semua menguntungkan. Tapi sebaliknya memang kalau kita buat 100% ikut dalam RP tersebut, InsyaaAllah kelaut..

 Dalam proses pembelajaran saya dalam keusahawanan ini saya menemui 1 formula luarbiasa yang sangat mudah dan praktikal. Iaitu bagaimana nak buat Rancangan Perniagaan dalam hanya satu muka surat (Yaa.. 1MS sahaja!).

READ  Panduan Lengkap Memulakan Perniagaan Food Truck Di Malaysia

Dan Ianya sangat-sangat praktikal. Ia dinamakan:

“One Page Business Plan”

Contohnya seperti dibawah:

NO PERKARA PENERANGAN
1 VISI Apa yang cuba diwujudkan
2 MISI Apa yang anda buat, Apakah produk/servis dan siapa pelanggan anda
3 OBJEKTIF Apakah matlamat anda dalam tempoh tertentu (minggu, bulan, tahun)
4 STRATEGI Apakah pelan anda untuk menjayakan objektif anda
5 ACTION PLAN Apakah langkah tindakan strategi  anda. Dengan mengambilkira tempoh deadline.

 

Untuk Perniagaan Food Truck anda anda boleh fikirkan mengikut apa yang anda rancangkan dan bayangkan apa anda akan buat. Ia mesti ada 5 elemen diatas untuk memastikan kajayaan Rancangan Perniagaan Food Truck ini. Akhir sekali yang paling penting anda mesti ada Strategik Plan yang mantap serta Dateline supaya anda membuat mengikut masa dan pelan yang ditetapkan. Jadi tak lah anda buat semberono sahaja tanpa ada arah tujuan.

 

Selamat mancuba, Akan datang saya akan kongsikan lebih detail dan contoh nanti. Subscribe kami!

 

~Faizal~

Sharing Is Caring

#foodtruckmalaysia

Related Post

Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 06: Baga... MENENTUKAN KEUNTUNGAN Menentukan kadar keuntungan yang perlu anda capai adalah Kunci Untuk BERJAYA  dalam perniagaan food truck di Malaysia. Untuk ...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 05: Memb... Bagaimana untuk membuat Rancangan Perniagaan Food Truck Yang Lengkap? Kalau anda sedang memikirkan sumber kewangan untuk perniagaan food truck anda...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 07: Mene... "KEUNTUNGAN ADALAH KUNCI KEJAYAAN SESEBUAH PERNIAGAAN" Merancang untuk perniagaan Food Truck anda adalah satu perjalanan lebih daripada membayangka...
3 CARA UNTUK MENAMBAH KEUNTUNGAN FOOD TRUCK ANDA D... Jika anda adalah pemilik Food Truck, bermakna anda juga adalah pemilik perniagaan, yang bererti anda perlu sentiasa cari cara baru untuk untuk mencari...
Lakukan 6 Cara Ini Supaya Food Truck Anda Lebih Po... Lakukan Enam Cara Ini Akan Buatkan Food Truck Anda Lebih Popular di Malaysia. Nasihat saya: Kalau nak berniaga food truck ni bukanlah macam berniag...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 06: Memb... ... Sambungan pertama dari SINI. Bagaimana Membuat Pelan Perniagaan Food Truck II Pelan perniagaan adalah dokumen yang ditulis untuk menjelaskan...
10 CHECKLIST YANG MESTI ANDA BUAT SEBELUM BUAT BIS... ANDA MESTI ADA 10 CHECKLIST FOOD TRUCK INI SEBELUM MULA BERNIAGA: 1. Di Malaysia: Semua Pengendali Bisnes Makanan WAJIB Mengambil Kursus Pengendali...

Comments

comments