Lakukan 6 Cara Ini Supaya Food Truck Anda Lebih Popular

Lakukan Enam Cara Ini Akan Buatkan Food Truck Anda Lebih Popular di Malaysia.

Nasihat saya: Kalau nak berniaga food truck ni bukanlah macam berniaga restoran atau gerai biasa yang anda tengok… hanya parking food truck anda dan tungu je pelanggan datang.. No No No.. ia bukanlah semudah itu bro.

Kalau anda tak jaga jenama food truck anda, lama kelamaan anda akan lihat kehancuran janama food truck anda. Semakin hari pelangan semakin kurang dan orang akan mula beralih kepada tempat lain..

Untuk mendapat pelanggan tetap mungkin tidak semudah yang disangkakan, terutamanya Food Truck baru yang masih belum dikenali. Apatahlagi untuk sampai ke tahap mempunyai “fan” atau “follower”. Banyak lagi yang perlu anda buat sebenarnya untu mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

 

Baiklah, disini saya gariskan 6 Perkara Yang Akan Buatkan Food Truck Anda Lebih Popular:

  1. Design luar Food Truck

Design luaran Food Truck anda penting untuk dua perkara;  operasi dan pemasaran.

Bahagian luar Food Truck adalah seperti iklan yang memaparkan apa yang anda akan jual. Seperti bahagian luar restoran yang memberi gambaran tentang suasana makan di restoran tersebut, begitu jugalah dengan Food Truck anda. Cuma bezanya adalah anda bergerak di merata tempat dan semakin banyak pergerakan semakin banyaklah anda akan mempromosikan diri.

Bahagian luar truck haruslah berfungsi untuk menarik perhatian pelanggan dengan cepat. Bayangkan anda lalu sahaja di Federal Highway dari Klang Ke KL.. berapa ribu kenderaan yang akan berselisih dan beribu-ribu  mata yang memandang sepanjang perjalanan itu. Takkan nak biarkan Food Truck anda kosong macam tu sahaja. Ini macam iklan PERCUMA!

Okay..note ni.  Beberapa perkara penting yang harus ada di bahagian luar truck adalah;

  • Nama truck anda. (mesti catche, Unik dan menarik)
  • Makanan apakah yang dijual dalam food truck anda.
  • Cara orang nak kenal / nak hubungi anda: Username media sosial (twitter, instagram, facebook, etc )

Kalau anda buat dengan betul dan tepat.. Dalam masa lima saat sahaja pelanggan akan tahu apa yang anda jual dan bagaimana untuk mendapatkannya. Tidak ada gunanya mempunyai design luaran yang cantik tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk mencari anda. Truck makanan anda adalah seperti papan iklan yang bergerak, jadi gunakanlah sebaik mungkin untuk tujuan pemasaran.

READ  Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 05: Membuat Rancangan Perniagaan Food Truck.

Company-company besar diluar sana sanggup bayar puluhan ribu ringgit kos nak letak jenama mereka di Billboard tepi jalan tu.. anda pula dapat ruang iklan percuma sepanjang jalan. Gunakan peluang ini, ia umpama Billboard Bergerak.

 

2.Menyertai katering/event Food Truck

Seterusnya, membuat katering dan menyertai event Food Truck.

Kenapa pulak perlu nak libatkan diri dengan katering dan event Food Truck dengan segera ni?

Kadangkala ada sesetengah Food Truck ni tidak tetap di satu-satu tempat sahaja dan tidak sepanjang minggu anda keluar ke tapak-tapak Hot Spot anda. Anda juga boleh setkan kalender anda sendiri untuk menyertai event / acara-acara luar yang dianjurkan. Atau anda boleh cari acara mana yang anda nak masuk.

Anda bukan sahaja dapat mencari pendapatan lebih, sebagai Food Truck baru, penting untuk anda mula membina reputasi. Orang baru mula mengenali Food Truck dan mencuba menu anda. Inilah masanya untuk pamerkan makanan anda kepada orang ramai. Mungkin anda boleh memberi sampel makanan percuma kepada mereka yang lalu-lalang di hadapan truck. Mereka yang tertarik apabila pertama kali merasa makanan anda pastinya kembali ke Foood Truck anda pada kali kedua!

Cari peluang untuk membuat katering di acara-acara seperti pesta makanan atau majlis keraian (kahwin / acara pejabat / sambutan kerajaan dan sebagainya). Bayaran yang dikenakan kepada anda biasanya mengikut hari  dan mungkin juga agak mahal bagi sesetengah acara, tetapi pulangannya juga berganda dan berbaloi.

Dengan menyertai lebih banyak katering dan acara, lebih ramai orang akan mengetahui kewujudan Food Truck anda dan seterusnya meningkatkan jumlah pelanggan dan jualan. Kalau ada mempunyai beberapa Food Truck inilah caranya yang paling berkesan untuk maksimakan pendapatan keseluruhan pasukan.

  1. Menukar menu
READ  3 CARA UNTUK MENAMBAH KEUNTUNGAN FOOD TRUCK ANDA DENGAN BERLIPAT GANDA

Disebakan baru sahaja beroperasi, anda mungkin masih tidak mengetahui menu yang mana satukah akan menjadi tarikan. Jadi, kenapa tidak anda mencuba pelbagai jenis makanan? Biasanya pengusaha Food Truck yang bagus akan mempunyai PLAN B. kalau tak jadi menu A mereka akan tukar pulak pada menu B.

Cemana nak buat? Mudah sahaja,  anda perlu tukar menu dengan meletakkannya sebagai menu istimewa. Jika tidak mendapat sambutan, anda dapat tahu bahawa ia tidak sesuai untuk diletakkan di menu utama pada masa akan datang. Jika sebaliknya berlaku, anda mungkin  boleh kerap menjadikannya sebagai menu istimewa atau menjadikannya sebagai menu utama. (Kira anda ada menu utama dan ada ‘sub-menu’)

Lagipun, ia bukanlah sesuatu yang tidak bagus untuk menambah sesuatu yang baru untuk pelanggan anda. Mungkin, menu yang baru itu akan menarik perhatian pembeli untuk mencubanya.

Anda mungkin boleh menukar menu istimewa setiap minggu. Untuk memberitahu pelanggan tentang menu baru tersebut, paparkannya di media sosial.  Beritahu orang ramai terlebih dahulu supaya mereka tertunggu-tunggu kehadiran menu istimewa yang akan berada di Food Truck anda. Cuba try test dulu mana tau MELETOP pula.

  1. Tingkatkan kaedah pemasaran

Apa lagi yang harus dilakukan? Keluar online dan beritahu mereka berkenaan Food Truck anda melalui MEDIA SOSIAL.

Pertama: Instagram.

Instagram menjadi pilihan utama saya kalau nak tengok menu makanan yang sedap. Saya akan cari sampai dapat.

Kedua: Facebook. mesti ada Page FB bisnes anda dan profile Facebook

Ketiga: Website. Ia bagaikan rumah anda. Disitu orang boleh cari anda di alam maya secara tetap.

Pemasaran dilakukan untuk membuat Food Truck anda mendapat perhatian dan pelanggan berpotensi  boleh mencari anda di internet dan seterusnya tahu mengenai anda.  Salah satu idea yang bagus adalah dengan menggunakan #Hashtag supaya dapat berhubung dengan semua orang yang bercerita mengenai truck anda.

  1. Fokus kepada hubungan dengan pelanggan

Cuba bayangkan restoran dengn servis terbaik yang pernah anda pergi. Bagaimana layanan pelayan restoran tersebut terhadap anda? Adakah mereka peramah, murah dengan senyuman dan baik hati? Jika ya, inilah yang harus terapkan dalam diri dan pekerja. Mempunyai perkara yang pandai membina hubungan dengan pelanggan adalah satu kelebihan.  Pelanggan akan sentiasa mengingati keramahan pekerja apabila datang ke truck anda. Mereka akan sentiasa ingat layanan anda meneragkan menu dan layanan baik apabila mereka datang mebeli makanan.

READ  Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 07: Menentukan Keuntungan

Hubungan dengan pelanggan adalah juga melalui alam maya. Cara anda menyambut tetamu melalui media sosial juga penting. Media sosial menyediakan satu jalan untuk mendapat maklum balas dengan segera mengenai Food Truck anda. Ia membolehkan anda untuk mendapat kritikan yang membina untuk diperbaiki.

  1. Beritahu keunikan anda

Bina keunikan anda sendiri, dan jangan lupa untuk beritahu orang lain mengenai keunikan anda.  Hebahkan keunikan anda melalui media media sosial dan laman web yang telah dibincangkan tadi. Ingat Instagram dan Fesbuk!

Beritahulah orang ramai bahawa anda menghidangkan spegetti yang paling pedas di bandar dan tidak boleh didapati di restoran mahupun Food Truck yang lain. Adakah resipi spegetti tersebut dimiliki oleh ibu anda ketika anda membesar? Kongsikan cerita anda melalui laman web dan media sosial.  Silap haribulan cerita anda akan ‘viral’ dan orang akan tercari-cari tapak food truck anda parking.

Cara lain untuk memberitahu keunikan anda adalah dengan dengan mengedarkan  flyers dan sebagainya. Berbalik kepada point no.2, ia adalah langkah yang bagus untuk memberitahu orang ramai tentang keunikan truck anda.

 

Okay.. Secara ringkasnya, ambil perhatian kepada enam perkara tersebut kerana pada awalnya anda mungkin akan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pelanggan tetap kerana masih baru di industri ini. Setelah mendapat nama, rentak perniagaan akan menjadi lebih mudah walaupun ia memerlukan masa dan kerja keras yang berterusan. Sampai masanya kalau ada rezeki anda mampu untuk mencapai ke tahap mempunyai ‘raving fan’.

 

Tolong SHARE kalau anda rasa artikel ini bermanfaat.. “)

#foodtruckmalaysia

 

Sumber foto: pecialtytruckrental.com

Sumber foto: launchandhustle.com

Sumber foto: previews.123rf.com

Related Post

10 Food Truck Paling Popular di Malaysia Yang Menj... Anda Nak Tahu Food Truck Paling Popular Sekarang Ini di Malaysia Sekarang Ni??? Hari ini, anda akan dapat lihat penggemar makanan jalanan dapat dil...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 07: Mene... "KEUNTUNGAN ADALAH KUNCI KEJAYAAN SESEBUAH PERNIAGAAN" Merancang untuk perniagaan Food Truck anda adalah satu perjalanan lebih daripada membayangka...
Rancangan Perniagaan Food Truck Malaysia: One Page... Hi Salam Sejahtera warga FTMalaysia semua. Hari ini saya nak kongsi sesuatu yang bermanfaat kepada semua usahawan diluar sana. Rancangan Perniagaan...
10 CHECKLIST YANG MESTI ANDA BUAT SEBELUM BUAT BIS... ANDA MESTI ADA 10 CHECKLIST FOOD TRUCK INI SEBELUM MULA BERNIAGA: 1. Di Malaysia: Semua Pengendali Bisnes Makanan WAJIB Mengambil Kursus Pengendali...
3 CARA UNTUK MENAMBAH KEUNTUNGAN FOOD TRUCK ANDA D... Jika anda adalah pemilik Food Truck, bermakna anda juga adalah pemilik perniagaan, yang bererti anda perlu sentiasa cari cara baru untuk untuk mencari...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 06: Baga... MENENTUKAN KEUNTUNGAN Menentukan kadar keuntungan yang perlu anda capai adalah Kunci Untuk BERJAYA  dalam perniagaan food truck di Malaysia. Untuk ...

Comments

comments