Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 06: Bagaimana Menentukan Keuntungan Perniagaan Food Truck Anda?

MENENTUKAN KEUNTUNGAN

Menentukan kadar keuntungan yang perlu anda capai adalah Kunci Untuk BERJAYA  dalam perniagaan food truck di Malaysia. Untuk kali ini, kita akan tunjukkan bagaimana untuk mengira keuntungan yang perlu anda capai sebagai pemilik Food Truck yang berjaya dan hebat!

 

Merancang untuk perniagaan Food Truck anda adalah satu perjalanan lebih daripada membayangkan dan berimaginasi bagaimana untuk mencapai  kejayaan; ia adalah lebih kepada membuat kajian dan melakukan pengiraan untuk benar-benar mengetahui adakah perniagaan Food Truck adalah perniagaan yang berbaloi dan betul untuk diri sendiri. Kalau tak barbaloi? Adjust balik..

 

Jika anda baca artikel sebelum ini tentang pelan perniagaan, artikel kali ini akan lebih banyak dapat membantu anda. Menentukan berapa yang patut anda jual untuk setiap makanan di dalam menu berkaitan dengan bahagian jualan dan pasaran serta matlamat kewangan serta  pelan perniagaan; dan jawapan kepada soalan-soalan  berikut akan memastikan Food Truck adalah perniagaan yang sesuai untuk anda.

Bagaimana untuk meletakkan harga menu food truck anda?

Berapa harga jualan untuk sebiji burger daging ? Bagaimana pula dengan satu mangkuk ice cream atau satu cup ice blended?

Pertama, kita lihat faktor memainkan peranan dalam menetukan jumlah harga. Disebabkan Food Truck terdiri daripada pelbagai size dan stail, harga makanan boleh diperoleh bermula dengan serendah mungkin untuk menarik pelanggan sehingga setinggi-tingginya yang mampu dibeli oleh pelanggan sekali-sekala sahaja.

Itulah yang membuatkan kesukaran meletakkan harga bagi mereka yang masih baru di dalam industri ini. Anda perlu mencari satu harga yang rendah untuk menarik pelanggan tetapi masih tinggi untuk meraih keuntungan; dan sejujurnya, mencari harga yang sesuai akan melibatkan beberapa percubaan dan kesalahan.

READ  Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck Di Malaysia

Sudah semestinya, misi kita di sini adalah untuk menyikingkirkan seberapa banyak jangkaaan  yang boleh. Jadi, kami menyarankan enam faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum menetapkan harga. Tadaaa…

Image result for food truck delicious

  1. Kos bahan mentah

Ini adalah perkara yang senang, dan merupakan di mana kebanyakan orang memulakan pengiraan kos. Harga akhir menu perlu perlu bedasarkan kos bagi penyediaan setiap item.

Pertama, anda harus tahu berapa harga bahan cupcake strawberry  terkenal anda atau charkuetiaw goreng kerang anda (huhuu teringat!).  Sebelum mula membuat senarai untuk bahan, ingat, kos bahan akan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sayur yang rosak, daging yang tidak diawet dengan betul, serta harga bahan mentah yang ada turun naiknya.

Anda juga boleh menyediakan menu lain sebagai ganti untuk pelanggan yang tidak berpuas hati atau membuang bahan lain yang rosak sebelum  menggunakannya. Akan wujud beberapa peratus bahan yang akan dibuang dan ia tidak dapat dielakkan. Fokus untuk kurangkan pembuangan sedikit yang mungkin.

Ambil kira sedikit kekurangan dan bahan yang akan dibuang supaya dapat longgarkan bajet. Jika boleh, rancang lebih kurang 15-25 peratus bahan yang perlu dibuang di peringkat permulaan.  Sebagai pemilik Food Truck yang baru,anda akan lebih cenderung untuk membuang bahan berbanding food truck yang lama kerana masih belajar bagaimana untuk menyediakan, simpan dan masak makanan dalam kuantiti yang banyak. Dengan latihan, anda akan kurangkan buangan dan menggunakan lebih banyak bahan yang dibeli.

 

  1. Masa yang diperuntukkan

Apabila sudah mengira kos untuk bahan, tiba masanya untuk mengambil kira faktor yang agak kurang jelas; masa. Malangnya, ramai peniaga terlepas pandang perkara ini. Biasanya mereka akan  mengikut harga bahan dan menambah sedikit sahaja keuntungan supaya menu dapat dijual dengan lebih murah.

READ  Rancangan Perniagaan Food Truck Malaysia: One Page Food Truck Business Plan

Anda sudah semestinya perlu mengabil kira faktor masa apabila meletakkan harga. Walaupun tidak membayangkan untuk menjadi seorang jutawan apabila memulakan perniagaan ini,anda harus merancang pendapatan yang berpatutan daripadanya. Lagipun, disebabkan waktu perniagaan yang panjang, anda tidak berkesempatan untuk membuat kerja lain untuk pendapatan tambahan.

Jika anda bercadang untuk mengambil atau menambah pekerja, jangan lupa untuk mengambil kira faktor gaji mereka. Dari masa membeli bahan mentah sehinggalah ke masa manaik turun promosi di Facebook, ambil kira purata masa untuk melaksanakan setiap pekerjaan untuk harga menu.

Image result for food truck delicious

  1. Kuantiti

Sekarang anda sudah menetapkan berapa banyak kos yang perlu ditambah apabila mengambil kira faktor masa, pertimbangkan berapa banyak menu dan kuantiti makanan bagi setiap menu.  Bilangan jualan tidak sepatutnya menentukan harga kos sendirian, tetapi ia memainkan peranan untuk harga muktamad nanti.

Terdapat beberapa cara untuk menetapkan kuantiti jualan. Tanya;

  1. Siapa pelanggan anda? Adakah anda sasarkan mereka yang mementingkan kesihatan dan menggunakan bahan-bahan organik atau mengamalkan cara masakan yang sihat? Atau makanan yang kasual, cepat, atau makanan bergoreng untuk sesiapa sahaja yang lalu-lalang? Jika menu anda lebih tertumpu dan lebih eksklusif kepada orang tertentu, harga makanan boleh ditetapkan lebih mahal jika dibandingkan dengan meraih keuntungan menjual  hidangan kepada orang ramai.
  2. Apakah penjenamaan Food Truck anda? Anda harus mengambil kira penjenamaan sebelum menetapkan harga. Adakah truck anda merupakan truck berkualiti tinggi dan berinovatif yang menawarkan makanan yang khusus untuk pelanggan-pelanggan tertentu?

Image result for food truck delicious

  1. Kerugian utama

Apabila menilai potensi jualan, penting untuk ingat bahawa sesetengah menu dapat dijual dengan lebih baik berbanding dengan yang lain.

Contohnya seperti ini; minuman dan makanan ringan mungkin adalah menu termurah anda, tetapi mereka mungkin mengaut keuntungan yang paling tinggi disebabkan modal yang rendah untuk menyediakannya.Sandwish ayam keju adalah menu utama Food Truck anda, tetapi kos untuk membuatnya adalah lebih tinggi berbanding kentang goreng disebabkan kualiti dan kuantiti bahan. Disebabkan kos bahan untuk sandwish adalah lebih mahal, anda tidak boleh memilih menu tambahan yang memberi kadar keuntungan yang sama. Sebaliknya, kentang goreng lebih mudah untuk disediakan dan dapat disediakan dalam kuantiti yang banyak dalam jangka waktu yang singkat. Namun begitu, pengunjung tetap datang beratur di Food Truck anda disebabkan sandwish ayam keju kegemaran mereka. Apabila tiba di Food Truck anda, mereka bukan sahaja akan membeli menu utama; mereka turut sama membeli minuman, kentang goreng dan brownies sebagai pencuci mulut.

READ  Lakukan 6 Cara Ini Supaya Food Truck Anda Lebih Popular

Apabila pelanggan mula membeli menu sampingan yang mempunyai peratus keuntungan yang lebih tinggi, anda mampu menanggung kerugian utama bagi menu utama anda. Anda tidak perlu menetapkan keuntungan yang besar untuk setiap menu. Apa yang perlu buat adalah dengan memastikan banyak jualan untuk makanan yang lebih murah tetapi mempunyai peratusan keuntungan yang lebih tinggi  supaya makanan yang lebih mahal dapat ditampung kerugiannya.

Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan di atas, terdapat juga perkara lain yang mungkin anda perlu ambil kira sebelum menetapkan harga yang akan kita bincangkan selanjutnnya. Teruskan membaca dan rancanglah harga makanan anda dengan bijak.

 

#foodtruckmalaysia

Jangan lupa untuk subscribe kami.

 

 

Related Post

Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 01: 3 Ch... Ahlamdulillah ini adalah SIRI  PERTAMA (01) untuk siri berkala  "Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck Anda" Kami akan kongsikan seberapa banyak T...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 03: Moda... Berapakah Kos Yang terlibat Untuk Anda Mulakan Perniagaan Food Truck Ini? Modal merupakan sesuatu yang paling utama dalam memulakan perniagaan dan ...
Rancangan Perniagaan Food Truck Malaysia: One Page... Hi Salam Sejahtera warga FTMalaysia semua. Hari ini saya nak kongsi sesuatu yang bermanfaat kepada semua usahawan diluar sana. Rancangan Perniagaan...
10 CHECKLIST YANG MESTI ANDA BUAT SEBELUM BUAT BIS... ANDA MESTI ADA 10 CHECKLIST FOOD TRUCK INI SEBELUM MULA BERNIAGA: 1. Di Malaysia: Semua Pengendali Bisnes Makanan WAJIB Mengambil Kursus Pengendali...
3 CARA UNTUK MENAMBAH KEUNTUNGAN FOOD TRUCK ANDA D... Jika anda adalah pemilik Food Truck, bermakna anda juga adalah pemilik perniagaan, yang bererti anda perlu sentiasa cari cara baru untuk untuk mencari...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 07: Mene... "KEUNTUNGAN ADALAH KUNCI KEJAYAAN SESEBUAH PERNIAGAAN" Merancang untuk perniagaan Food Truck anda adalah satu perjalanan lebih daripada membayangka...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck  O4: Mem... Soalan saya: Kenapa anda memilih untuk berniaga Food Truck? Jawapan saya juga: "Sebab tak perlu keluarkan kos yang BESAR untuk menyediakan tempat, me...
Lakukan 6 Cara Ini Supaya Food Truck Anda Lebih Po... Lakukan Enam Cara Ini Akan Buatkan Food Truck Anda Lebih Popular di Malaysia. Nasihat saya: Kalau nak berniaga food truck ni bukanlah macam berniag...
Tips Bagaimana Memilih Lori Food Truck Yang Betul Nak Mulakan Perniagaan Food Truck di Malaysia? Ada yang melihat perniagaan foodtruck macam cendawan tumbuh sekarang ni di Malaysia. Dimana-mana sahaja...

Comments

comments