Anda di tempat yang betul untuk membina empayar perniagaan foodtruck anda. Ya, apabila saya katakan ‘empayar’ maksudnya anda memang serius untuk mulakan dan membina perniagaan food truck anda yang Hebat anda dan seterusnya mengembangkan jenama food truck anda di arena industri food truck yang sedang berkembang pesat di Malaysia sekarang ini.

 

Memiliki perniagaan food truck bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Ianya sangat memenatkan dan menuntut komitmen yang sangat tinggi. Kebanyakan pemilik perniagaan food truck gagal untuk menyatukan seni memasak yang mereka miliki dengan bahagianian pengurusan perniagaan food truck itu sendiri. Lebih perit lagi, tiada sumber rujukan bagi membantu mereka menyelesaikan masalah ini.

 

FoodTruckMalaysia: Pusat sehenti bagaimana anda boleh mulakan dan menjalankan  perniagaan food truck anda dengan berjaya.

 

FoodTruckMalaysia Akan Membantu Perniagaan Food Truck Anda Berkembang Dan Dikenali Ramai.

 

Bagi FoodTruckMalaysia, kami percaya bahawa fenomena food truck adalah gaya hidup masakini masyarakat dimana sahaja bandar-bandar di seluruh Malaysia. Semua orang memperkatakan tentang menu-menu lazat dan tapak-tapak  food truck berhampiran mereka. Ianya bagaikan satu situasi yang sangat positif. Kami sangat percaya, kasih-sayang dan sokongan padu masyarakatlah yang menentukan kejayaan mana-mana perniagaan food truck. Oleh itu berikanlah yang terbaik buat mereka.

 

Misi kami adalah untuk memberi inspirasi kepada anda untuk menarik khalayak supaya mengenali food truck anda. Kami akan ajar bagaimana strategi pemasaran online, pemasaran offline, social media marketing, strategi penjenamaan. Dan bagaimana membuat jenama food truck anda dikenal orang dan meniti di bibir masyarakat pencinta makanan.

 

Kami juga akan membawakan update-update terkini dari pemilik food truck tempatan untuk berkongsi tentang pengalaman mereka. Serta kajiselidik yang telah dibuat dan peraturan-peraturan yang perlu anda patuhi seperti pihak berkuasa tempatan dan kesihatan. Semua laporan kami adalah disokong oleh dokumen dan sumber yang soheh. Kami berjanji menyediakan paparan yang berkualiti untuk anda.

 

Akhir sekali., sebuah trak makanan yang terbaik adalah satu bisnes yang berkembang dengan membina empayar jenamanya yang tersendiri. Mempunyai pengikut tegarnya sendiri dan kualitinya yang tersendiri. Kami yakin anda berada dilandasan yang betul kearah itu!

 

Untuk menyertai pemilik food truck lain yang Berjaya. Subscribe kepada kami untuk menerima Tips-tips dan maklumat yang berguna.