6 Idea Menu Makanan Untuk Food Truck Anda Yang Paling Best!

“Sudahkah anda membuat keputusan apa yang patut dijual? atau masih tercari-cari IDEA menu makanan untuk Food Truck anda?”

Sebelum ini kita telah membincangkan cara memilih menu. Masih keliru? Tidak mengapa, di sini terdapat beberapa idea jika anda masih lagi mencari-cari makanan apa yang patut dijual di Food Truck anda. Ia Idea Menu Makanan Untuk Food Truck Anda yang paling best!

1. Masukkan menu yang popular

Idea Menu Makanan Untuk Food Truck Anda yang pertama:

Masukkan menu yang popular? Apa yang harus dilakukan jika anda masih baru untuk industri ini dan tidak tahu apa yang akan menjadi popular untuk Food Truck anda?

Ini yang sebenarnya dimaksudkan; tambah satu makanan secara umumnya popular dalam menu anda. Contohnya. burger dan kentang, sandwish, ayam goreng dan sebagainya.
Perhatikan masyarakat sekeliling. Makanan apakah yang mendapat perhatian ramai? Peluang anda lebih tinggi untuk mendapat perhatian jika makanan yang mereka tercari-cari ada di truck anda.
Sudah pastinya anda akan memasukkan menu yang berkaitan dengan konsep Food Truck. Namun begitu, ia bukanlah idea yang tidak bagus untuk memasukkan menu yang sudah dikenali dan mendapat sambutan ramai, kerana kita tidak tahu siapa yang akan singgah ke Food Truck anda, dan menu-menu popular tersebut mungkin menjadi pilihan mereka!

 

2. Jangan takut untuk keluar dari konsep.
Idea Menu Makanan Untuk Food Truck Anda yang kedua:

Pisang goreng cheese adalah menu popular di kawasan anda, namun anda takut untuk meletakkannya sebagai menu kerana tidak sesuai dengan konsep makanan anda. Ingat, jangan takut untuk keluar dari konsep anda dari masa ke masa!
Tandakan menu tersebut sebagai menu spesial, atau jualan untuk masa yang terhad sahaja.
Ini adalah dapur dan perniagaan anda, jadi jika anda ingin keluar dari konsep, buatlah keputusan yang terbaik kerana anda adalah bos!
Kadangkala, terdapat sesetengah makanan yang menjadi trend buat seketika waktu seperti cendol durian. Anda turut sama tidak mahu terlepas peluang untuk menjualnya.
Beranikan diri mencuba walaupun ia sesuatu yang dianggap baru.

READ  Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 01: 3 Checklist Penting Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck Anda.

 

3. Ikut keadaan semasa
Anda boleh mengambil untung walau hanya menjual air pada hari cuaca tengah panas atau waktu tengah hari. Namun, minuman anda mungkin kurang laku jika pada hari-hari hujan. Cuaca boleh mempengaruhi apa yang anda perlu jual. Anda mungkin mahu menjual aiskrim atau cendol jika waktu operasi utama adalah di waktu tengah hari tempat orang ramai berjalan di bawah terik mentari.
Anda juga boleh mengikut hari-hari perayaan di Malaysia. Contohnya menjual rendang daging apabila tiba perayaan hari raya Aidilfitri. Menu-menu tersebut boleh ditambah sebagai makanan tambahan di Food Truck anda buat sementara waktu.
Ambil peluang waktu perniagaan anda. Contohnya, makan yang sesuai pada waktu tengah hari adalah makanan-makanan berat seperti nasi. Jadi, anda boleh letakkan sasaran menjual nasi berlauk di hadapan staff pejabat yang mengejar waktu rehat untuk makanan tengah hari dan mahukan makanan berat yang dapat dibungkus atau disiapkan dalam waktu yang singkat.

 

4. Sentiasa tambah keunikan anda


Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, jika mahu menyerlah dan bejaya dalam indurstri ini, jangan lupa untuk menambah keunikan anda sekali dalam menu anda.
Mari kita kembali ke point nombor 1. Anda ingin menyediakan menu masakan barat dan bercadang untuk menjual pizza. Bagaimana caranya untuk tambah keunikan anda untuk pizza tersebut? Tambah sos BBQ yang dibuat oleh anda sendiri misalnya. Banyak cara lagi untuk menambah baik sesuatu menu, anda hanya harus cari cara untuk melakukannya.
Walaupun menu anda hanyalah makanan biasa seperti nasi goreng contohnya, keunikan yang anda tambah boleh membuatkannya lebih laris berbanding Food Truck lain yang menjual makanan sama.

READ  Tips Bagaimana Memilih Lori Food Truck Yang Betul

 

5. Jangan lupa bahagian minuman
Apabila cuba untuk melengkapkan menu untuk pembukaan Food Truck, jangan lupakan minuman.
Ya, minuman yang sudah siap seperti air berkabonat adalah lebih mudah dan cepat untuk disediakan. Tetapi anda juga mungkin mahu mencuba minuman yang dihasilkan sendiri seperti jus buah-buahan, milkshake, smoothies dan sebgainya.
Seperti yang dinyatakan tadi, anda perlu menjadi unik untuk berjaya. Oleh itu, tambahlah minuman yang unik di Food Truck anda!
Peluang untuk mendapat jualan adalah tinggi kerana mereka semestinya tercari-cari minuman selepas makan. Mungkin juga, minuman unik anda lebih mendapat sambutan daripada makanan utama.

6. Makanan yang menjadi kepakaran anda
Sudah tentu anda mempunyai kepakaran membuat sekurang-kurangnya satu menu yang dirasakan lebih baik berbanding orang lain, atau satu resipi turun-temurun yang dirasakan unik dan berbeza dengan orang lain.
Kita sudah membincangkan sebelum ini tentang Unique Selling Proportion (USP). Mungkin bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan makanan yang sama adalah berlainan dengan Food Truck lain. Ia dapat menjadi USP perniagaan anda.
Mungkin resipi mee celup anda berbeza dengan peniaga-peniaga mee celup yang lain, mahupun yang dijual di restoran. Jangan lepaskan peluang untuk kongsikan hasil resipi dan kepakaran anda dalam menyediakan mee celup yang lain dari yang lain.


OK.. Cuba berfikir sejenak,  apa yang anda boleh sediakan lebih baik daripada orang lain?

Sekarang, sudah mendapat idea makanan apa yang patut dijual? Walaupun sudah mendapat keputusan, anda mungkin akan membuat sedikit perubahan kepada menu selepas beberapa ketika. Ia berlaku selepas menilai sambutan orang ramai terhadap menu tersebut. Jika kurang berjaya pada mulanya, jangan mengalah. Masa diperlukan untuk orang ramai mengenali anda dan mendapatkan pelanggan setia.

READ  Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 06: Bagaimana Menentukan Keuntungan Perniagaan Food Truck Anda?

Kekalkan pelanggan setia dengan mengekalkan kualiti makanan anda. Mereka akan mengharapkan kelazatan yang sama setiap kali mereka datang, dan pastinya akan beulang-ulang kali kembali hanya untuk menikmati hasil tangan anda.

 

Sumber foto: midtownlunch.com

Sumber foto: 4.bp.blogspot.com

Sumber foto: cdn.narcity.com

Sumber foto: s3.envato.com

Comments

comments