Jika anda adalah pemilik Food Truck, bermakna anda juga adalah pemilik perniagaan, yang bererti anda perlu sentiasa cari cara baru untuk untuk mencari wang supaya bisnes berkembang.
Namun begitu, bagaimana untuk membuatkan perniagaan seseorang itu mendapat keuntugan?
Anda boleh menaikkan harga, namun belum tentu dapat memuaskan hati para pelanggan. Sudah semestinya, anda boleh mencari pembekal yang lebih murah, supaya boleh mengeluarkan wang yang lebih sedikit untuk jangka masa pendek dan panjang .
3 CARA UNTUK MEMBUATKAN FOOD TRUCK ANDA LEBIH UNTUNG:
- Cari lebih banyak sumber kewangan
- Cari cara untuk simpan duit
- Tarik lebih ramai pelanggan
Foto: startupbizglobal.com
1.Cari lebih banyak sumber kewangan
Salah satu cara untuk membuatkan perniagaan anda lebih menguntungkan adalah dengan cari lebih banyak sumber kewangan. Dengan cara ini, anda tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan Food Truck. Lihat pemain sukan sebagai contoh. Pemain sukan yang berjaya bukan sahaja mendapat wang daripada duit daripada kontrak sukan yang diceburi mereka, namun juga ganjaran yang mereka peroleh daripada memenangi pertandingan.
Satu persoalan di sini: Bagaimana peniaga Food Truck boleh menambah pendapatan? Senang. Dengan menambah wang daripada membuat servis katering. Dengan membuat katering anda akan menambah jumlah wang yang besar dalam masa yang singkat. Tambahan pula, anda dapat memperkenalkan diri di luar sana, dan mungkin dapat tambah lagi peluang untuk membuat katering jika katering anda mendapat sambutan.
Jika food truck anda sangat popular dan mempunyai ramai pengikut,mungkin anda boleh tambah beberapa barangan seperti t-shirt, topi, pelekat, dan barang-barang seperti itu. Walaupun sumber kewangan seperti itu tidak membuat anda kaya, tetapi duit tambahan boleh dimasukkan ke dalam akaun perniagaan
2.Cari Cara Untuk Simpan Duit
Apabila tiba masanya untuk simpan duit, ramai orang akan fikir mereka perlukan duit lagi dan lagi; dan ini memang tidak dapat difahami. Namun begitu, sesetengah orang akan mempunyai lebih banyak wang dengan menyimpannya dan mengurangkan perbelanjaan, dan begitu juga dengan pemilik Food Truck.
Sebagai contoh, pemilik Food Truck boleh menyimpan duit dengan; seperti yang dicadangkan tadi; cari pembekal yang murah. Apa yang menarik tentang ini ialah anda akan beli dengan pembekal dengan harga yang sama namun boleh menjualnya dengan harga yang sama seperti sebelum ini.
Penjagaan truck yang betul juga dapat menjimatkan wang. Seperti kereta juga, jika anda maintain truck dengan baik, peluang untuk kerosakan berlaku lebih sedikit. Sudah semestinya jika kerosakan berlaku banyak wang yang perlu dikueluakan terutamanya jika ia serius.
Terdapat banyak cara utnuk simpan duit untuk perniagaan food truck anda. Kuncinya adalah dengan buat analisis perniagaan anda dan lihat di mana anda boleh kurangkan perbelanjaan. Cara ini boleh membuatkan anda lebih untung, jika mahu.
Foto: mobile-cuisine.com
- Tarik Lebih Ramai Pelanggan
Jika anda ingin buat lebih banyak duit, jadi anda perlu jual lebih banyak produk dan membuatkan matlamat menjadi realiti dengan menarik lebih ramai pelanggan.
Percaya apabila kami katakan ini: Terdapat beratus-ratus cara untuk menarik pelanggan . Anda boleh tingkatkan usaha terutamanya melaui media sosial dan pemasaran, tambah menu baru, ubah menu mengikut cita rasa keluarga/kanak-kanak, atau tambah promosi dan pelbagai cara lagi.
Anda juga boleh tawarkan servis baru,seperti menu untuk bawa pulang. Ini sesuai untuk pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk menunggu makanan, dan cara yang bagus untuk menarik lebih ramai pelanggan, yang membawa kepada lebih banyak keuntungan.
Tawarkan perkhidmatan/makanan yang masih belum popular di kawasan anda.
Anda mungkin terfikirkan beberapa perkara. Pertama, anda mngkin terfikir perkhidmatan/menu apa yang dimaksudkan. Anda mungkin tertanya-tanya kenapa perlu tawarkan sesuatu yang belum popular lagi. Sebelum anda lupakan idea ini, biakan kami jelaskan terlebih dahulu!
Servis penghantaran biasanya adalah untuk restoran yang besar,dan bukan untuk perniagaan Food Truck yang baru sahaja berkembang. Dari masa ke masa, mungkin peniaga Food Truck turut sama terlibat dalam persaigan tersebut.
Sekarang, kami faham anda mungkin tidak cukup tenaga pekerja lagi dan ia mungkin mustahil di peringkat ini. Mungkin anda juga menolak servis penghantaran kerana inginkan kekalkan kesegaran makanan.
Servis ini akan menyenangkan pelanggan yang tiada masa untuk keluar makan tengah hari, namun tetap ingin makan di Truck anda.Terutamanya jika ramai orang beratur di hadapan truck anda pada waktu makan tengah hari, anda mungkin akan kehilangan pelanggan yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk makan tengah hari. Inilah masanya servis penghantaran memainkan peranan yang penting. Pelanggan yang inginkan penghantaran boleh pesan makanan lebih awal. Ia dapat memuaskan hati dan menyenangkan semua orang.
Jangan berhenti bergerak
Jika anda ingin membuat lebih banyak duit, jadi usahakanya! Oleh itu, sesebuah food truck tidak boleh berhenti bergerak ke hadapan.
Selain tempat kebiasan, cari peluang lain seperti pesta truck makanan.Ini dapat membantu anda memperkenalkan peniagaan dan dapatkan lebih ramai pelanggan. Ia juga akan membantu anda untuk mendapat pendapatan lebih dan lebih banyak peluang untuk membuat networking. Jika tidak menyertai mana-mana karnival atau pesta, bermakna anda tidak menggunakan peluang semaksima mungkin.
Jadilah unik!
Jika anda betul-betul ingin memaksimumkan perniagaan, sentiasa jadi unik! Dengan menjadi unik, anda akan lebih menyerlah berbanding yang lain, jadi anda boleh mula dengan logo Food Truck, penjenamaan, bagaimana untuk uruskan media sosial, dan teknik pemasaran dan cara untuk mewujudkan persekitaran food truck yang menarik.
Kuncinya, menyerlahlah dengan cara anda yang tersendiri. Mungkin dengan cara tersendiri anda itulah akan membuatkan anda meraih lebih keuntungan!
#foodtruckmalaysiadotcom
Like FB kami: https://www.facebook.com/foodtruckmalaysiadotcom/