10 Food Truck Paling Popular di Malaysia Yang Menjadi Kegilaan Masyarakat Kita

Anda Nak Tahu Food Truck Paling Popular Sekarang Ini di Malaysia Sekarang Ni???

Hari ini, anda akan dapat lihat penggemar makanan jalanan dapat dilihat beratur mengerumuni Food Truck untuk mendapatkan makanan yang mereka gemari. Di Lembah Klang sendiri anda akan dapat lihat di kawasan pejabat- pejabat dan tempat tumpuan ramai Food Truck menjadi trending orang kita.

Dengan kewujudan  banyak restoran dan gerai makanan di mana-mana, Malaysia sudahpun menjadi syurga makanan bukan sahaja kepada pelancong, malah turut juga kepada warga tempatan sendiri. Tapi sekarang ni, rakyat Malaysia mempunyai satu lagi pilihan baru iaitu Food Truck! Satu perkara yang pasti, aroma makanan yang lazat pasti akan membangkitkan selera anda..

JOM kita lihat geng-geng Food Truck  paling trending sekarang ni yang wajib anda singgah!

 

1) La Famiglia Food Truck

Image may contain: 1 person

MAFIA Food Truck Malaysia: La Famiglia adalah geng Food Truck yang bertemakan ‘pasta’. Pengasas La Famiglia ini sendiri terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berlainan seperti pembinaan, perbankan dan animasi.

Biasanya truck diorang ni dilihat di Jalan Dungun, Bukit Damansara pada siang hari dan Subang (SS15) pada waktu malam.  La Famiglia membina nama dan reputasi selama beberapa tahun, membuatkan mereka antara foodtruck yang  terbaik setakat ini. Bukan mudah nak menempa nama di persada Food Truck Malaysia ni, tapi La Famiglia dah buktikannya..

Image may contain: 3 people

Jom follow dorang:

www.lafamiglia.com.my | Facebook: thefamiglia | Instagram: @lafamiglia187

 

2) Flaming Wheels

Photo of Flaming Wheels - Kuala Lumpur, Malaysia

Memang TERBAKO rasanya! Flaming Wheels adalah dapur bergerak yang menawarkan makanan sihat serta berkualiti dan masakan antarabangsa dengan harga yang berpatutuan. Daripada faktor luaran truck yang menggoda kepada kualiti makanan yang  terbaik, Falming Wheel adalah truck yang mungkin anda tercari-cari.

Memfokuskan pembeli dalam kalangan pelajar universiti di Lembah Klang, Flamimg Wheel bukan sahaja menawarkan pengalaman menikmati makanan yang lazat, namun niat baik mereka menambat hati ramai orang. Tahukah anda Flaming Wheel ditubuhkan unuk mendapatkan sokongan dan meraih dana untuk  Make-A-Wish Malaysia? Jangan lupa untuk pesan nachos daging dan Moroccan lamb stew kalau truck ini parking di kawasan anda.

READ  10 CHECKLIST YANG MESTI ANDA BUAT SEBELUM BUAT BISNES FOOD TRUCK DI MALAYSIA

Photo of Flaming Wheels - Kuala Lumpur, Malaysia

Jom layan:

www.myflamingwheels.com | Facebook: flamingwheelskl | Instagram: @flamingwheels

 

3) Little Fat Duck

Image result for Little Fat Duck

Tidak seperti namanya, jangan keliru kerana dorang ni memang tidak menjual sebarang daging itik. Sebaliknya mereka menawarkan masakan Prancis dan Itali dengan harga yang berpatutan untuk mereka yang hipsters dan inginkan kelainan.

Biasanya beroperasi di Subang SS15, anda akan lihat ramai yang beratur dari pukul 8 ke atas. Namun begitu, mereka menyediakan tempat untuk menunggu di hadapan truck kerana masa menunggu mungkin lebih daripada 15 minit pada waktu puncak. Menu yang terkenal adalah aglio olio dan tender chicken confit, ikan bakar dan pudding susu mereka.

Jangan tak tahu yang mereka ada kiosk di 1Utama.

www.littlefatduck.com | Facebook: littlefatduckmalaysia | Instagram: @littlefatduckmalaysia

 

4)  Cowboys Food Truck

Image result for Cowboys Food Truck

BBQ ala Amarika di Malaysia! Yee Haaaa… Cowboys Food Truck.

Dilancarkan pada 7 Dec 2014, Cowboys Food Truck terkenal dengan makanan barat yang diinspirasikan oleh makanan BBQ dari Texas. Ditubuhkan oleh dua jejaka, Ku Azharul Nizar bin Ku Abdul Rahman dan Christopher Tang bersama seorang gadis, Chong Rhu Jan, mereka semua gemarkan makanan BBQ.

Digabungkan dengan pengalaman Christopher dalam bidang makanan dan minuman di Australia dan bantuan Rhu Jan dalam bidang pemasaran dan promosi, idea  Cowboy Food Truck berjaya meyakinkan orang ramai dengan menjual BBQ berkonsepkan Amarika.

Facebook: cowboysfoodtruck | Instagram: @cowboysfoodtruck

 Image result for Cowboys Food Truck

 

5) Babarittos Food Truck

Image may contain: outdoor 

Barbarittos Food Truck dibuka oleh seorang seorang  usahawan muda, Hafiey Mughnie Amran yang menyukai makanan jalanan sejak muda. Dengan idea yang ringkas, Hafie membuka perniagaan sejurus selepas tamat perniagaannnya dalam bidang jurutera pesawat. Beroperasi biasanya di PV16 kondominium di Danau Kota, Setapak, Barbarittos dikenali sebagai burrito wraps dan nachos yang merupakan antara pilihan masakan barat campuran mereka.  Selain beroperasi di Setapak, mereka juga menawarkan servis katering di lokasi lain pada hujung minggu.

READ  6 Idea Menu Makanan Untuk Food Truck Anda Yang Paling Best!

Image may contain: food

Website: http://www.babarittos.com/ | facebook: facebook.com/Babarittos/

 

6)Laughing Monkey Cafe

 

Kafe Laughing Monkey Café ditubuhkan oleh dua sahabat kolej, Kelvin dan  Justine apabila tersekat  di dalam hujan ketika berjalan dari pejabat untuk membeli kopi depa dapat IDEA ni.. dan ini Motto diorang:

“At Laughing Monkey, we are dedicated to providing you with affordable, rich, freshly brewed coffee and delicious sandwiches at your doorstep.” Peerrgh!

Dan percayalah, Food Truck ini sangat mudah untuk dicari kerana warna orennya yang menyerlah terserlah. Anda mungkin tersilap jika berfikir menjual kopi tidak mendatangkan keuntungan. Kopi yang mereka hidangkan mungkin lebih baik daripada yang dijual di restoran!

Facebook: TheLaughingMonkey | Instagram: @laughingmonkeycafe

 Image result for Laughing Monkey Cafe

 

7) Burger Giler Power

Image result for Burger Giler Power

Nama dah POWER, memang power giler beb!

Burger Giler Power is adalah truck burger bergerak yang biasanya boleh dilihat di Taman Melawati, di hadapan Espresso Lab dari pukul 5pm-10pm.  Walaupun belum menjangkau setahun, Burger Giler Power sudah mendapat banyak sambutan terutamanya mereka di Taman Melawati dengan burger mereka yang lazat.

Bayangkan roti, daging burger yang dibuat sendiri, dan bahan-bahan segar digabungkan dengan sos yang sudah tentunya lazat. Jangan lupa untuk cuba burger  keju klasik, Burger Ayam Keju, dan Burger utama. Menu tambahan seperti cendawan rangup dan salad ayam brokoli juga tidak rugi untuk dicuba!

Fesbuk dorang: https://www.facebook.com/burgergilerpower/ |

Insta dorang: https://www.instagram.com/burgergilerpower/ 

 

8) The Boys Food

Image result for The Boys Food

Jejaka-jejaka ini mengambil alih dapur untuk menghidangkan anda dengan pasta, sandwish, burger dan sosej untuk kenderaan bergerak mereka. Mereka akan mengagumkan selera anda dengan burger ayam, kentang goreng dan double cheese burger yang lazat.

READ  Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 02: Pemilihan Menu Food Truck

Percaya atau tidak, menu mereka secara umumnya dijual dengan harga RM5. Sememangnya murah la tu!  Ia biasanya dijual di Dataran Wangsa. Singgahlah sebentar untuk makan lewat malam di truck ini dan kami jamin anda tidak akan menyesal singgah sebentar walaupun terpaksa menambah kalori lebih untuk makanan lazat ini.

Facebook: The Boys Food | Instagram: @theboysfood

 

9) QGastro Truck

Gabungan Timur + Barat memang lazattt bak hang!.

Diasaskan oleh 2 jejaka: Amin dan Sharul, Amin menjadi tukang masak dengan pengalaman selama 15 tahun tidak disia-siakan. Menghidangkan pasta terbaik dan tortilla,  QGastro akan pastikan anda dapat merasa makanan barat yang  lazat, segar dan harga yang berpatutan.

Trucknya yang berkilat biasanya dilihat di belakang BHP Taman Melawati (tempat letak kereta terbuka) dari 8 pm ke atas kecuali Isnin. Jangan lupa untuk cuba menu kreatif mereka seperti pasta sambal udang, aglio olio istimewa, dan ayam/daging wrap.

Instagram: @qgastrotruck

 

10)Curbside Cantina

Image result for Curbside Cantina

Disebalik food truck Malaysia ini adalah pasangan suami isteri Tubby dan Noreen yang sangat komited. Menjual tachos dan masakan Mexico yang lain, Curbside Cantina adalah food truck berkonsepkan Mexico yang menarik. Food truck ini tidak mempunyai tempat yang tetap, namun menu terlaris mereka adalah tetap. Chilli Con Carne dengan Papadums, Cemita Burger, Chicken Quesa Tacos, Steak Tacos, Beef Cubano Sandwich dan  Churros adalah perkataan ganjil yang anda akan jumpa di truck.

Curbside Cantina adalah tambahan kepada syarikat katering dikenali sebagai Cantina Moderna, dan kualiti makanannya adalah dijamin.

D3d0

Facebook: facebook.com/curbsidecantinakl | Instagram: @curbsidecantinakl

 

Amacam dah tahu semua diatas, apa lagi jom kita cari mereka..

Kita lihat apa komen anda?

 

Jangan Lupa Follow Kami! #foodtruckmalaysia

LIKE & SHARE

 

Related Post

Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck 02: Pemi... Sumber foto; http://www.bostonfoodtruckblog.com Baiklah tahniah! anda sudah melangkah ke peringkat kedua sekarang. Pemilihan produk untuk dijual...
Lakukan 6 Cara Ini Supaya Food Truck Anda Lebih Po... Lakukan Enam Cara Ini Akan Buatkan Food Truck Anda Lebih Popular di Malaysia. Nasihat saya: Kalau nak berniaga food truck ni bukanlah macam berniag...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck  O4: Mem... Soalan saya: Kenapa anda memilih untuk berniaga Food Truck? Jawapan saya juga: "Sebab tak perlu keluarkan kos yang BESAR untuk menyediakan tempat, me...

Comments

comments