Tukar Masakan Anda Yang Lazat Menjadi Perniagaan Yang Digemari Ramai

Pelajari Bagaimana Untuk Memulakan & Menjalankan Perniagaan Food Truck Anda.

Tanya Diri Anda: "Patutkah aku laburkan masa untuk mantapkan lagi ilmu tentang perniagaan Food Truck ini?"

Nak Belajar lebih lagi tentang cara membangunkan Food Truck yang berjaya? Sentiasa update dengan kami!

Apakah Dia Website Food Truck Malaysia ini?

Kami tahu anda memilih untuk membawa food truck adalah kerana anda sangat sukakan makanan dan anda merasa sangat seronok bila melihat pelanggan anda puas menikmati makanan yang anda hidangkan.

Namun begitu, tahukah anda? Bahawa anda perlu sedar membezakan antara minat terhadap penyediaan makanan dan menguruskan perniagaan anda sendiri. Ini kerana ramai yang hanya minat berniaga makanan tetapi mengabaikan aspek ILMU dalam dunia perniagaan itu sendiri. Dalam erti kata lain: Syok Sendiri (SS)

Maka di sinilah peranan kami..

Matlamat kami adalah supaya memberi pendedahan kepada anda tentang dunia keusahawanan sebenar disebalik perniagaan foodtruck yang bukan sahaja popular ini tetapi sangat cerah masa depannya di Malaysia untuk tahun-tahun mendatang ini.
Di sini, kami akan kongsikan kepada anda pelbagai teknik pemasaran online dan pemasaran offline, kaedah pengurusan perniagaan yang betul, pemasaran media sosial dan segala berkaitan ilmu membangunkan perniagaan food truck di Malaysia.
Pesan kami. Hadapilah setiap sajian istimewa dari kami di blog ini..